Masalah yang berlaku kepada sistem tubuh berbalik kepada sistem imun yang tidak berada pada tahap optimum untuk menjaga sistem tubuh secara keseluruhan. Faktor ini berpunca daripada kekurangan tenaga yang diperlukan oleh sistem imun untuk bekerja. Sistem imun mempunyai 4 tugasan utama iaitu:-
1. Sistem Pembersihan:
a. Untuk membersihkan dan menyingkirkan kotoran dan bahan asing dalam tubuh terutama sistem darah
2. Sistem pengurusan:
a. Mengurus dan memastikan bahan yang akan disingkirkan dari dalam tubuh di salurkan ke tempat yang betul untuk proses pembuangan.
b. Menguruskan penyaluran tenaga ke setiap sistem tubuh
3. Sistem pertahanan:
a. Melawan bahan asing, virus, bakteria dll.. yang tidak diperlukan oleh sistem tubuh untuk disingkirkan.
4. Sistem Keseimbangan:
a. Memastikan kesemua sel dan mineral dalam tubuh berada pada kadar yang sepatutnya.. (tidak kurang dan tidak lebih) mengikut pola sistem tubuh.
Apabila ke semua sistem imun mendapat tenaga yang optimum dan bekerja mengikut tugasnya, sistem tubuh akan menstruktur semula dan akan mengembalikannya mengikut pola asal sistem tubuh yang sebenar.
Masa juga menjadi faktor utama untuk mengembalikan sistem tubuh kepada pola asal ianya bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh sistem tubuh secara keseluruhan.
Chemotherapy adalah ubat yang dimasukkan ke dalam badan kita untuk membunuh sel-sel kanser. Namun, ianya juga akan membunuh sel-sel biasa dan melemahkan badan kita. Sel darah putih dalam badan kita akan berkurangan terutamanya Lymphocytes. Apabila jumlah Lymphocytes yang merangkumi sistem immune badan berkurangan, badan akan jadi lemah dan mudah untuk mendapat jangkitan dari sebarangan kuman. Pemilihan Radiotherapy atau Chemotherapy dalam rawatan kanser bergantung kepada jenis kanser.
"Adakah rawatan radioterapy membunuh sel-sel kanser jugak? Seperti Chemotherapy?"
"Benar".
Radiotherapy ditujukan ke tempat dimana kanser itu berada dan ianya membinasakan tisu badan yang normal di sekeliling kanser itu.
Malah, kesan sampingan pagi pesakit yang menjalani chemotherapy adalah lebih teruk kerana ianya akan disalurkan ke seluruh badan melalui drip dan disebabkan itu membawa kepada kesan sampingan yang banyak kerana melibatkan banyak sistem-sistem di dalam tubuh badan seseorang individu tersebut.
Radiotherapy adalah rawatan localised yang ditujukan ke sesuatu tempat sahaja dan bukan di seluruh badan.