Tuesday, 22 September 2015

ISU PENYAKIT DUNIA PERUBATAN KINI

Penyakit yang dialami manusia kerap dikaitkan dengan faktor luaran yang dominan hingga menggangu secara langsung sistem tubuh badan manusia. Faktor yang dimaksudkan adalah bakteria atau patogen samada aktif atau pasif. 
Kerap dinilai pada faktor luaran secara langsung dan diwujudkan unsur asas yang ada disekeliling untuk menjadi pertahanan atau agen pemusnah kepada faktor-faktor luar tersebut. Kaedah perubatan yang dibangunkan masakini lebih kepada penerapan mencari ubat kepada setiap penyakit maka wujudlah unsur yang dibina atas faktor aktif pada bahan yang terkandung dalam unsur-unsur tersebut dan peranan ini sangat releven dengan dadah yang terdapat pada tumbuhan. 
Namun atas faktor cuaca dan geologi mahupun geopolitik yang sentiasa menggangu keupayaan penghasilan dari sumber organik maka pembangunan dadah sintetik telah mula diterima pakai oleh dunia perubatan moden atau allopati. Dengan terhasilnya dadah dari bahan-bahan kimia atau dadah sintetik maka peranan dadah organik telah dikurangkan dengan mendadak dan pada masakini peratus yang tertinggi penghasilan ubatan adalah atas sumber dadah sintetik. Keupayaan penghasilan yang cepat dan dengan sumber yang berterusan maka dadah sintetik telah menjadi pilihan yang amat besar dalam setiap pengeluar ubatan dan setiap penghasilan tersebut telah didaftarkan dengan kod khas yang diwartakan oleh WHO.
Dunia perubatan telah berubah wajah dan etika semenjak pengenalan dadah sintetik dalam setiap proses rawatan yang dilakukan malah penilaian kepada kesan dan akibat hanya diterima pakai atas faktor yang minimal sahaja. Dalam ertikata lain, keutamaan adalah untuk merawat penyakit sedia ada dan tidak menitik berat secara langsung kepada kesan sampingan ubatan yang digunakan oleh manusia. 
Walaupun dikatakan urusan penilaian dan kelulusan kepada ubatan baru amat ketat namun ia hanya tertakluk pada prosedur dan bukan kesan jangka masa panjang. Setiap hari diperkenalkan berbagai ubatan jenis baru yang dikatakan mampu memberi kesan yang lebih baik kepada usaha memerangi penyakit yang semakin meningkat diseuruh pelusuk dunia. Apa yang berlaku disepanjang revolusi ubatan dadah sintetik amat jelas telah melahirkan malah membuka peluang yang banyak dalam aspek ekonomi pada pengilang-pengilang ubatan berasas dadah. 
Berbilion malah trillion dollar telah dibelanjakan oleh pengguna ubatan diseluruh dunia dan pastinya ia sesuatu yang tidak dapat diketepikan dari faktor moral. Moral yang saya maksudkan adalah kesan yang telah diwujudkan dalam struktur yang begitu mendadak dimana penyakit baru secara tiba-tiba muncul selepas 20 tahun kebelakangan.


Melihat kepada kesan yang dialami oleh pengguna dadah sintetik, maka wujud pula kelompok ilmuan dalam cabang perubatan yang berbeza seperti homopati untuk kembali semula pada organik dalam usaha menyelesaikan penyakit manusia mahupun haiwan. Golongan ini telah bertegas dalam soal prinsip yang menyatakan bahawa dalam organik telah cukup untuk memberi penawar kepada setiap penyakit yang dihadapi oleh manusia. Ironinya amat jelas apabila semakin banyak pusat-pusat homopati yang berkembang diseluruh dunia dan telah memberikan saingan kepada dunia allopati; tetapi impaknya sangatlah minimal.

Kembali semula pada faktor asas penyakit dimana dunia perubatan lebih kepada mencari ubat kepada penyakit secara langsung. Maksudnya disini setiap penyakit akan dikelaskan dengan kod tertentu dan diberikan ubatan khusus untuk penyakit tersebut. 

Jika terdapat 1 juta jenis penyakit maka akan terhasillah 1 juta ubatan untuk masalah tersebut namun apa yang pasti berdasarkan statistik didapati jumlah penyakit dan pesakit kian bertambah setiap tahun malah ia telah masuk pada tahap kritikal. Maka dimana praktikaliti atas permasalahan penyakit masakini? semakin ramai yang sakit dan semakin banyak penyakit-penyakit baru? mana datangnya masalah ini?

Kajian telah dilakukan namun hanya menjurus kepada faktor luaran iaitu virus atau bakteria sebagai penyebabnya. Keadaan ini telah menyebabkan dunia perubatan semakin berkembang kerana semakin banyak kes-kes baru yang perlu ditangani sedangkan penyakit sedia ada masih belum ditemui penawarnya. Nyamuk dan haiwan-haiwan mahupun mikrob telah disalahkan dalam kemelut yang sedang dihadapi oleh manusia pada zaman ini.
Wujudnya berbagai hospital yang moden dan peralatan yang terkehadapan dengan jumlah pakar-pakar yang ramai disetiap hospital semata-mata usaha menyelesaikan situasi ini. Namun tetap penyelesaian belum diperolehi secara marginal hinggakan perkataan pasrah mula digunapakai.

Penyakit secara khususnya telah disalah ertikan dalam banyak tafsiran atau mungkin sengaja disembunyikan fakta yang jelas agar pihak yang berkepentingan terus tersenyum dalam saat penderitaan? Bukankah itu amat bertentang dengan prinsip perubatan itu sendiri iaitu membantu pesakit-pesakit keluar dari penyakit yang dihidapi secara total.
ALAMTOLOGI secara khususnya tetap melihat isu ini pada faktor hukum alam yang teratur tetapi manusia telah melanggarnya maka disitulah datangnya PENYAKIT.