Showing posts with label PENYAKIT. Show all posts
Showing posts with label PENYAKIT. Show all posts

Tuesday, 29 September 2015

BEBAS DARI PENYAKIT KENCING MANIS DENGAN MEMBERI TENAGA KEPADA IMUN BADAN

ABA24 HABLUR adalah produk pemakanan yang dapat membantu mengembalikan keseimbangan sistem tubuh badan manusia dengan MEMBERI SUMBER TENAGA MINERAL ASASI KEPADA SISTEM IMUNITI TUBUH.
IA BUKANLAH UBAT tetapi mineral ASASI yang diberikan kepada sistem imun badan.

PROSES ABA24 HABLUR PADA TUBUH BADAN
ABA24 Hablur digunakan dengan cara MELETAKKANNYA di BAWAH LIDAH dan dibiarkan CAIR dengan sendirinya. Rasa MANIS, MASIN, MASAM, KELAT atau PAHIT akan dialami bagi setiap orang yang menggunakannya, malah ianya bertindak seumpama 'ISYARAT NISBAH MINERAL' yang dimiliki bagi setiap individu.

1. PERMULAAN - SUMBER TENAGA
Sistem tubuh MENGHASILKAN SEL yang diperlukan untuk MELAWAN PENYAKIT.

2. PERSEDIAAN
Tubuh mula MENOLAK BAHAN ASING dan menghasilkan beberapa gejala seperti PENING, LOYA, SAKIT PERUT, GATAL-GATAL dan DEMAM. Sekiranya ini terjadi PERBANYAKAN MINUM AIR KOSONG/MINERAL

3. PENOLAKAN
Bahan asing yang ditolak itu mula DISINGKIRKAN daripada TUBUH, antara TANDANYA ialah MUNTAH, CIRIT-BIRIT, HIDUNG BERDARAH, WARNA URIN BERUBAH DAN BERPELUH (KEBAH).
Pengguna ABA24 Hablur akan mengalami peringkat penyembuhan yang dinamakan SIMPTOM ABA24 (Proses Penyembuhan Badan).
Ianya menandakan tubuh sedang melawan penyakit (MENGELUARKAN SEL-SEL MATI DAN YANG ROSAK) serta bahan asing daripada tubuh seperti toksik.
Tempoh masa SIMPTOM ABA24 kebiasannya adalah SELAMA (1-2 minggu) berbeza mengikut individu dan penyakit yang dialami.

4. PEMBUANGAN
Sistem tubuh MENGHASILKAN SEL BARU untuk organ bermasalah yang sudah dibersihkan daripada bahan asing.

Berikut adalah antara testimoni bagi penyakit kencing manis.




INFO LANJUT, SILA EMEL KEPADA ALAMTOLOGI.OFFICIAL@GMAIL.COM

Tuesday, 22 September 2015

ISU PENYAKIT DUNIA PERUBATAN KINI

Penyakit yang dialami manusia kerap dikaitkan dengan faktor luaran yang dominan hingga menggangu secara langsung sistem tubuh badan manusia. Faktor yang dimaksudkan adalah bakteria atau patogen samada aktif atau pasif. 
Kerap dinilai pada faktor luaran secara langsung dan diwujudkan unsur asas yang ada disekeliling untuk menjadi pertahanan atau agen pemusnah kepada faktor-faktor luar tersebut. Kaedah perubatan yang dibangunkan masakini lebih kepada penerapan mencari ubat kepada setiap penyakit maka wujudlah unsur yang dibina atas faktor aktif pada bahan yang terkandung dalam unsur-unsur tersebut dan peranan ini sangat releven dengan dadah yang terdapat pada tumbuhan. 
Namun atas faktor cuaca dan geologi mahupun geopolitik yang sentiasa menggangu keupayaan penghasilan dari sumber organik maka pembangunan dadah sintetik telah mula diterima pakai oleh dunia perubatan moden atau allopati. Dengan terhasilnya dadah dari bahan-bahan kimia atau dadah sintetik maka peranan dadah organik telah dikurangkan dengan mendadak dan pada masakini peratus yang tertinggi penghasilan ubatan adalah atas sumber dadah sintetik. Keupayaan penghasilan yang cepat dan dengan sumber yang berterusan maka dadah sintetik telah menjadi pilihan yang amat besar dalam setiap pengeluar ubatan dan setiap penghasilan tersebut telah didaftarkan dengan kod khas yang diwartakan oleh WHO.
Dunia perubatan telah berubah wajah dan etika semenjak pengenalan dadah sintetik dalam setiap proses rawatan yang dilakukan malah penilaian kepada kesan dan akibat hanya diterima pakai atas faktor yang minimal sahaja. Dalam ertikata lain, keutamaan adalah untuk merawat penyakit sedia ada dan tidak menitik berat secara langsung kepada kesan sampingan ubatan yang digunakan oleh manusia. 
Walaupun dikatakan urusan penilaian dan kelulusan kepada ubatan baru amat ketat namun ia hanya tertakluk pada prosedur dan bukan kesan jangka masa panjang. Setiap hari diperkenalkan berbagai ubatan jenis baru yang dikatakan mampu memberi kesan yang lebih baik kepada usaha memerangi penyakit yang semakin meningkat diseuruh pelusuk dunia. Apa yang berlaku disepanjang revolusi ubatan dadah sintetik amat jelas telah melahirkan malah membuka peluang yang banyak dalam aspek ekonomi pada pengilang-pengilang ubatan berasas dadah. 
Berbilion malah trillion dollar telah dibelanjakan oleh pengguna ubatan diseluruh dunia dan pastinya ia sesuatu yang tidak dapat diketepikan dari faktor moral. Moral yang saya maksudkan adalah kesan yang telah diwujudkan dalam struktur yang begitu mendadak dimana penyakit baru secara tiba-tiba muncul selepas 20 tahun kebelakangan.


Melihat kepada kesan yang dialami oleh pengguna dadah sintetik, maka wujud pula kelompok ilmuan dalam cabang perubatan yang berbeza seperti homopati untuk kembali semula pada organik dalam usaha menyelesaikan penyakit manusia mahupun haiwan. Golongan ini telah bertegas dalam soal prinsip yang menyatakan bahawa dalam organik telah cukup untuk memberi penawar kepada setiap penyakit yang dihadapi oleh manusia. Ironinya amat jelas apabila semakin banyak pusat-pusat homopati yang berkembang diseluruh dunia dan telah memberikan saingan kepada dunia allopati; tetapi impaknya sangatlah minimal.