Friday 11 September 2015

ALAMTOLOGI DAN KAITAN ABA24 HABLUR CRYSTAL


Hukum alam menetapkan bahawa setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan puncanya. Tiada satu pun fenomena di alam ini yang berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab. Begitulah juga dengan penyakit-penyakit yang menimpa manusia. Setiap penyakit yang berlaku pasti ada punca pertamanya yang paling asas
Rentetan daripada kesan punca pertama itu, berlakulah pelbagai komplikasi dalam tubuh yang akhirnya pergi kepada organ yang paling luar, maka terlihatlah tanda-tanda penyakit tersebut di luar seperti nanah, bisul, demam dan kegagalan fungsi sesuatu organ.

Punca penyakit merujuk kepada suatu tenaga yang memberi kesan ketidakseimbangan pada struktur tubuh. Punca penyakit yang paling asas mungkin melibatkan satu punca semata-mata yang sangat kuat atau himpunan tenaga daripada beberapa unsur lemah yang saling menguatkan.

Analoginya adalah seperti punca bagi terangkatnya sebuah kereta. Seseorang yang sangat kuat boleh mengangat kereta tersebut secara bersendirian, sedangkan orang biasa yang lemah perlu mengumpulkan tenaga daripada beberapa individu untuk tujuan yang sama. Walau bagaimanapun, tenaga yang diperlukan untuk mengangkat kereta tersebut tetap sama.

Alamtologi telah berjaya menghasilkan hablur ABA24 bagi tujuan ini. Ia tidak bertindak seperti kebanyakan ubatan yang digunakan sekarang yang cuba mengambil alih peranan sistem kawalan tubuh secara saraf dan endokrin. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan ABA24 ialah air, gula dan garam.


Bahan ini bukanlah bahan asing yang boleh memberi kesan sampingan kepada tubuh. Bahan-bahan ini bersifat semulajadi dan sesuai dengan sistem tubuh yang juga berfungsi secara semulajadi berlandaskan hukum alam.


Hablur ABA24

Walaupun Kemosub dan Biosub boleh memberi kesan PL dan PG kepada tubuh dalam pembentukan penyakit, namun secara umumnya apabila dibandingkan kewujudan Biosub dan Kemosub dengan tubuh itu sendiri, ia sebenarnya merupakan PG bagi tubuh kerana berlaku pertambahan dan gabungan antara tubuh dengan unsur lain. Jadi PL perlu dilakukan agar Kemosub dan Biosub asing yang memasuki tubuh dapat dileraikan daripada tubuh agar penyakit terhenti. Kemosub yang beredar dalam salur darah boleh melekat dan membentuk kelompoknya yang tersendiri pada salur darah lalu memberi kesan kepada organ yang berdekatan dengan salur darah tersebut. ABA24 dengan garam yang bersifat PL itu mampu meleraikan dan menghakis kelompok Kemosub ini lalu diproses oleh hati seterusnya dibuang daripada tubuh.

Garam itu bagaikan sabun yang bertindak pada kelompok kotoran yang melekat pada pinggan. Untuk masalah Biosub pula, ABA24 menggunakan pola khusus yang ada padanya iaitu pola KRONO untuk merangsang sistem imuniti tubuh lalu proses pemusnahan Biosub asing menjadi semakin kuat dan lebih berkesan.

Berdasarkan apa yang telah dinyatakan, dapatlah dirumuskan bahawa semua yang ada di alam ini bermula dengan tanah. Peleraian dan penggabungan tanah menghasilkan pelbagai jenis unsur yang hidup dan kaku.

Hubungan sesama unsur dengan cara yang seimbang menghasilkan keharmonian kepada seluruh alam ini. Adapun hubungan yang tidak seimbang dan tidak bersesuaian sesama unsur menghasilkan pelbagai masalah termasuklah penyakit. Alam dengan sistemnya yang tersendiri cuba mengembalikan keseimbangan pada tubuh.